Firman ALLAH yang bermaksud :
"dan kalau Tuhan mahu,nescaya orang yang
ada di bumi ini akan beriman seluruhnya..
Adakah engkau hendak memaksa manusia supaya
mereka menjadi orang-orang yang beriman?" - Surah Yunus, ayat 99
Apa yang kita rasakan setiap kali kita mendustai diri? bercakap, berbuat sesuatu tapi bukan dengan kerelaan hati ! Tidakkah kita merasakan sesuatu yang berat kala melakukannya? Tapi mengapa kita harus akur dengan keadaan itu? Kepada siapa untuk kita tunjukkan kebaikan diri walhal di hati penuh keterpaksaan?
Cuba bayangkan, bezakan perasaan jika semua itu di lakukan dengan rela hati. Mulut yang berkata-kata, tangan dan kaki yang bergerak selari dengan niat di hati! Apa yang anda rasai? Lapang, lega, gembira, ringan dan telus? Ya...itulah beza jika sesuatu itu dilakukan bukan kerana terpaksa....
No comments:
Post a Comment